Apr 18, 2011

Ketahui Konflik Jiwa Remaja





Adakah anda pernah mengalami sebarang konflik jiwa?..
Terutamanya golongan remaja pasti tidak terlepas dari mengalami konflik sebegini..

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan
"KONFLIK JIWA"

Konflik jiwa terjadi apabila tiada keseimbangan di dalam diri individu.
Dalam diri remaja, keadaannya menjadi lbh parah kerana pada peringkat usia ini, banyak perubahan berlaku yang menambah lagi keruncingan keadaan. Usia remaja adalah usia di mana seseorang individu itu mencari identiti diri.

Jika sejak kecil dia sering dihargai dgn apa yg wujud dlm dirinya, dia akn terus m'punyai hormat diri yg tinggi.
Dia m'hargai keunikan diri & m'ambil identiti diri yg menyokong perasaan hormat diri yg tinggi itu. 
Remaja sebegini akn b'usaha memperkukuhkan gambaran positif dirinya itu dgn membabitkan diri di dlm kegiatan memperkukuhkan identitinya.

Jika sebaliknya yg berlaku, iaitu sejak kecil remaja itu tdk berasa dirinya istemewa atau dihargai, dia akn berasakan kekeliruan wujud dalam dirinya. T'utama jika remaja itu hanya m'dpt perhatian apb dia melakukan kesalahan @ kejahatan & dikecam krn itu.Disebabkan anggapan dan harapan yang diletakkan ke atasnya, lama-kelamaan remaja itu mengambil identiti tidak baik. Apabila ini digambarkan dalam minda megenai dirinya, dia akan melakukan perbuatan memperkukuhkan tanggapan itu. Maka wujudlah dia sebagai remaja, beridentiti tidak sihat.

Kenal pasti samada anda sedang @ pernah mengalami Konflik Jiwa :

Remaja yang tiada konflik diri :

* Berdikari
* Mengambil tanggungjawab dan memenuhinya
* Bangga dengan kejayaan yang dicapai
* Menghadapi cabaran baru dengan penuh bersemanggat
* Menghormati orang lain
* Mudah bergaul dan dirapati
* Dapat menunjukkan pelbagai emosi dan perasaan
* Dapat menerima dan bertolak ansur dengan kehampaan
* Berkeyakinan mempengaruhi orang lain
* Mempunyai pendirian

Remaja yang penuh konflik diri akan:
* Memandang rendah pencapaian sendiri
* Berasa tidak dihargai
* Menjauhkan diri daripada orang lain - tidak mahu bergaul
* Tidak bermaya
* Mudah dipengaruhi
* Tidak menunjukkan emosi yang luas
* Tidak mahu mengambil atau memikul tanggungjawab
* Mudah kecewa dan menyalahkan orang lain
* Suka bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat
* Hanya mementingkan diri sendiri

Semoga dgn panduan yg diberikan dpt memberi impak positif ke atas diri anda utk berubah mjd lebih baik.. Jauhi Konflik Jiwa, Tingkat kan prestasi diri..

No comments:

Post a Comment